Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com
Me Share To You. Powered by Blogger.

Mualaf mohon bantuan zakat dilayan seperti peminta sedekah, kata Ridhuan Tee



BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah kecewa layanan yang diberikan kepada mualaf di negara ini, bukan saja ketika memohon bantuan zakat, malah dalam memimpin sesebuah jabatan kerajaan juga tidak diberi peluang.
Beliau turut berasa sedih apabila sesebuah pertubuhan Islam hanya dianggotai oleh bangsa Melayu, seolah-olah di negara ini tiada umat Islam daripada kaum Cina, India atau Bumiputera lain.
“Saya adalah antara tumpuan para mualaf mencurahkan perasaan mereka. Berapa ramai yang begitu kecewa apabila mereka dilayan seperti peminta sedekah apabila memohon bantuan zakat.
“Apakah duit zakat itu kepunyaan bapak kita? Apabila memungut zakat penuh dengan senyuman. Tetapi apabila ada asnaf datang meminta bantuan, seolah-olah mereka peminta sedekah,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.
Sebaliknya, kata beliau, banyak pertubuhan dan agensi agama Islam dipimpin oleh orang Melayu yang mempunyai pangkat dan kaya, termasuk Tan Sri, Puan Sri, Datuk dan Datin.
“Jangan haraplah ada mualaf yang akan dilantik ke jawatan tinggi di institusi Islam yang lain seperti jabatan agama, majlis agama, Jakim, Yadim dan sebagainya. Usah diimpikan untuk menjadi KSN, KSU, naib canselor dan sebagainya.
“Lebih kelakar lagi, pos pengarah jabatan agama, khas untuk PTD, sedangkan membaca selawat dan doa pun tidak lepas. Mualaf hanya ditempatkan di bahagian mualaf. Menitis air mata menaip artikel ini,” katanya.

Artikel terbaru :

Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com